Saturday, March 9

Sobsob.


Tadi, ketika berjalan kaki ke masjid berdekatan, saya terserempak dengan budak.

Kecil lagi orangnya, mungkin baru darjah satu atau dua.
Tapi sopan, cukup menyejukkan hati.

Cuma perkataan yang dia ucapkan mungkin telah mengubah hari saya.

Dia..

panggil..

saya...

"PAKCIK".

sampai rumah terus tengok cermin buat analisis. Mana mungkin nampak tua, muda je lagi?
Terus takde mood sepanjang hari.

Takpelah.
Budak budak jarang menipu.

Oh ya selamat hari lelaki sedunia.
Walaupun tak ada tapi saya selaku insan yang memperjuangkan keadilan, sangat mementingkan kesaksamaan walaupun dari segi gender. Tiada istilah sexist dalam vocabulary hidup saya hehe.

Weekend ini tiada apa apa. Cuma mungkin ada mandi mandi sungai sahaja.
Moga dapat rehat yang secukupnya.

No comments: