Saturday, March 9

Langkah yang tidak pernah mudah.




Satu keberangkatan itu tidak akan pernah mudah.

Walau selelaki mana jasad itu. 
Walau sedalam mana kita sembunyikan rasa pilu.

Tak dapat bayangkan lemahnya langkah langkah mereka atur,
sebaik sahaja mengucupi dahi isteri tercinta,
memeluk erat anak anak penyejuk mata.

Mungkin kaki umpama sudah tidak bertulang. 
Sekadar dihayun tanpa kuat mencengkam.
Mata juga tidak mampu merenung garang. 
Segala kudrat hati ditumpukan demi menampung beratnya menahan tangisan.

Mungkin saja hati mereka meronta ronta untuk melepaskan,harta mereka paling berharga. Mengetahui bahawa selepas ini hanya ada satu antara dua,
hanya ada janji duka atau bertemu dengan gembira.

Satu keberangkatan tidak pernah mudah.

Aku bukan pejuang namun aku tahu ia susah.

Doa, untuk Sabah.








No comments: