Walaupun kurang memahami waqi' dan situasinya, aku dapat rasakan benda ini wujud, bertempias di mana mana.
Sedihnya dengan fenomena fenomena perbalahan.
Tak kira di mana sebenarnya, ada sahaja perbalahan yang dicetuskan akibat berlainan jenama.
Oh ikhwah, mengapa begitu?
Pelik kadang kadang dengan sikap pendokong fikrah jemaah yang "zalim", terlalu taksub dengan dakwah mereka hingga nilai nilai islam ditolak tepi.
Menghalang orang awam dari pergi ke majlis anjuran jenama lain, bermasam muka bila berjumpa, tidak bertegur sapa, saling memberi tohmahan.
Lupakah kita dengan kata kata ustaz hazrizal,
"Bila ilmuwan mempersulitkan agama, maka orang awam menelanjangkan diri dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan."
Usrah tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar wasilah dakwah. Sekadar alat. Matlamatnya hanya satu, menuju redha Allah. Dan matlamat ini juga yang kita kongsikan dengan kumpulan kumpulan atau "label" yang lain.
Sungguh aku sesalkan jika para aktivis lebih beriman kepada alat lebih dari keimanan dengan matlamat. Dakwah itu sudah dirasa berjaya bila berjaya menyerapkan pelapis ke dalam sistem tarbiyah, usrah. Walhal jika alat itu yang lebih kita cintai dari matlamat itu sendiri, maka usrah itu cuma satu benda yang lagha, wasilah duniawi yang wahan!
Bolehkah kita mengatakan dengan terserapnya objek dakwah kita ke dalam manhaj tarbiyah yang kita imani, maka tarbiyah yang kita salurkan itu berjaya? Bukan begitu ikhwah.
Tarbiyah itu berjaya bila binaan kita menghidupkan islam dalam diri, dan bila benda benda lain berputar sekitarnya. Tidak kiralah jika dia tidak menyambut seruan dakwah dengan manhaj yang kita yakini, atau berpegang dengan amal jamie.
Kalau benar dakwaan kita bahawa kita memperjuangkan dakwah cinta, maka buktikannya. Usah terlalu obses memperluaskan takungan hingga dakwah kita gersang dengan cinta yang kita damba.
Ukhuwwah itu, dari salamatus sadr hingga itsar ada tuntutannya terhadap semua, bukannya ia dibatasi dengan "jenama" dan label.
Semoga kita lihat hakikat kita. Jemaah dari jemaah Muslimin hanya subset dari jemaah Muslimin, dimana kita dan 'mereka' berkongsi bahagia.
Wasilah akan tetap kekal sebagai wasilah. Sebagai satu kenderaan menuju kemenangan ummah. Bak kata kak muharikah, jika ada kenderaan yang lebih baik, kita takkan teragak agak untuk menaikinya.
Aku setia dengan jemaah ini kerana aku beriman dengan sistemnya. Jika suatu hari nanti, aku diperkenalkan dengan wadah yang lebih harmoni dan sahih, aku tidak akan teragak agak untuk berhijrah.
Yang berkongsi ukhuwwah, yang menyebarkan mahabbah,
Menang atau syahid Adwa' al Muhandis.
Hawariyyun.
7 comments:
Assalamualaikum akhi Adwa.Sebenarnya ana kurang faham tentang erti dakwah yang sebenar-benarnya.Tapi bila tengok wall fb enta, blog enta .. semuanya tak lekang dari bicara tentang dakwah.Ana kagum kerana enta adalah seorang yang 'matang' di sisi Islam. :star
Doa kudusku semoga enta kekal berdakwah hingga ke nafas terakhir.Menjaga islam,ikhwah dan akidah agar islam sentiasa terbela dengan jayanya.
Itu saja yang boleh ana katakan,Salam Maal Hijrah semoga hijrahmu lebih baik dari sebelumnya.Amin.Wassalam <3
wasalam anonymous.
sekadar penjelasan, penulisan ana hanya kekal sebagai abjad2 aksara di medan maya, tidak sepenuhnya melambangkan diri ana yang sebenar. dhaif dan kerdilnya diri, hanya mereka yang mengenali ana faham ana bagaimana.
moga dapat berlindung dari sangkaan sangkaan tinggi pembaca terhadap ana. Allah tahu betapa ana hamba yang hina.
Syukran kerana singgah dan komen. sangat menghargainya.
:)
Asif jiddan akh.Tapi ana rasa artikel yang enta tulis ni macam luahan perasan pula.Nak minta tsabat, memang payah.Ya ana tahu,tapi kata-kata ana itu bukanlah khalimah pujian,kerana 1 pujian itu bila menyapa hati .. takut riya'. Ana tak mahu enta masuk neraka kerana khalimah yang satu itu..Maaf T__T'
Afwan Lillah.
Asif ya.Amin insyaAllah.Moga tsabat.Salam Ma'al Hijrah akhi Menang atau syahid Adwa' al Muhandis
:)
Salam maal hijrah juga :)
Moga diberi yang terbaik, moga memberi yang terbaik.
subhanallah.. boleh tak nak minta izin share a few quotations from your blog? Jazakallah khair:)
subhanallah.. boleh tak nak minta izin share a few quotations from your blog? Jazakallah khair:)
Boleh silakan. waiyyak
Post a Comment