Saturday, November 26

Tarbiyah Allah sangat mujarab.

Salamun alaykum.


Gembira akhirnya diberi kesempatan menaip lagi. Tanda umur masih ada, Alhamdulillah. Thummalhamdulillah.

Banyak rasanya mahu dicoretkan. Terlalu banyak hingga kadang kadang tak terluah. Selalu hati ini memberontak, mencari dengan siapa harus fikiranku dikongsi.

And at the end of the day, I end up forgetting them.
Kasihan!


Lately disibukkan dengan penangan tahun terakhir study. Wahh. Rasa macam mahu ada banyak tangan macam sotong kurita. Tidur sambil makan, mandi sambil baca buku etc.

Memang rasa sangat kekeringan masa bila sudah kenal dakwah tarbiyah.
Dan kadang kadang lambakkan beban itu membuat diri futur. Ah biasa bukan?

Futur itu berputus asa. Kiranya dalam kesibukkan hidup, atau dalam kesempitan masa, dan bila tenggelam dalam satu ujian, kita semakin menjauh dari Allah. Begitulah.


(Air mata mengalir)


Pernah dalam kesibukkan akademik, adwa' diuji masalah. Kiranya masalah itu besar, tidak juga. Saja diperbesarkan. Walhal banyak lagi perlu dirisaukan kan?

Dan kerana masalah itu, mutabaah amal menjadi tungganglanggang. Buku buku fikrah berhabuk. Anak anak usrah juga mungkin sudah lupa muka adwa'! (walaupun baru seminggu tak jumpa)


Namun tarbiyah Allah itu mujarab mengubat futur. Sangat mujarab.

Allah bukakan pintu permasaalahan yang dirasakan takkan selesai. Luaskan mana yang sempit. Permudahkan mana yang sulit.

Dan ketika itu, aku sangat sangat malu dengan tuhanku. Sangat sangat malu.

Rupanya setelah melontarkan batu batu kecil agar aku tidak terlupa dan kembali kepadaNya, Dia menghadiahkan pula pelukan erat.

Bila hati kita hidup, kita akan sedar kita makin menjauh dari Ilahi. Sentiasa peka dengan perubahan diri.

Moga dikurniakan hati seperti itu. Ameen.

Allahu Allah.

Moga lepas ini hati lebih selesa menerima anugerah mehnah. Musibah itu, bila bersabar ia pahala. Bila dicela ia bala!

Jika ciptaanNya saja secantik ini, apatah lagi yang Maha Pencipta!



Sayang sahabat semua fillah.



Seeru 'ala barakatillah,

Adwa' al Muhandis.

6 comments:

fzhanan said...

semoga tsabat. :)

Cik nasriah said...

Nak taip 'aja faiti!dakwah ini sudah tercampak kpd saya. terima kasih! amboi amboi ;)

Anonymous said...

Salam alaik akhi Adwa.Innalillahiwainnailaihiroji'un.Tarbiyyah dari-Nya adalah satu tarbiyyah yang Maha Agung.Tidak tergambar rasa gembira dan tenang selepas berjaya melalui ujian-Nya.

" Rupanya setelah melontarkan batu batu kecil agar aku tidak terlupa dan kembali kepadaNya, Dia menghadiahkan pula pelukan erat "

Ana suka khalimah itu.Doa kudusku,semoga hati enta tsabat dan tenang . insyaAllah Amin <3

Menang atau Syahid Adwa'. said...

aulia : tengs :)

nasriah : InsyaAllah. Campakkan pula hikmah kepada Adwa' :)

Anon : Wasalam. Syukron. Doakan ana tak selalu futur macam tu. huhuh.

Syahira Hamdan said...

Assalamualaikum.Tarbiah dari yang Maha Agung pasti melahirkan keagungan yang pasti terAgung! Enta bertuah , terpilih diberi tarbiah oleh Allah SWT.

Tidak semua dapat dengan mudah meski dia menginginkannya..
Menjalani kegetiran yang Maha Getir barulah dia dapat rasa kemanisan tarbiah itu.

#Ud'u tsabat qulubuka ilal thariiqILLAH ilal JANNAH,insyaAllah#

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Allahu Allah.

Kenapa indah sangat kata kata T_T

Jazakillah.