Pengajaran baik dari surah 'Abasa.
Dalam ayat pertamanya,
Allah menegur perbuatan Rasulullah menarik muka sedikit apabila abdullah ibnu maktum ingin belajar islam.
Ini bukan satu dosa, kerana anbiya' sifatnya maksum.
Namun ini adalah salah satu cara tarbiyah dari Allah,
kadangkala Allah membiarkan rasulNya berbuat sesuatu tanpa panduan wahyu.
Dalam ayat kedua,
Allah menyebut tentang Abdullah ibnu Maktum.
Menariknya,
Allah tidak menyatakan nama, atau tempat asal, atau jawatan.
Allah menyebut sifatnya yang buta.
Logik akalnya, orang yang hilang keupayaan melihat tidak akan terkesan dengan sebarang mimik muka insan dihadapannya. Barangkali beliau tidak nampak pun baginda bermasam muka. Apatah lagi terasa hati dengannya.
Begitulah akhirnya kita belajar.
Bahawa akhlaq itu bukan sekadar soal mengharap natijah baik dalan perhubungan sesama manusia.
Malahan akhlaq itu adalah refleksi keimanan yang harus kita perjuangkan tanpa mengharap apa apa natijah kemanusiaan. Akhlaq itu adalah ukuran tarbiyah, sejauh mana terbuminya iman dalam kehidupan.
Moga dengan akhlaq juga beratnya timbangan mizan.
1 comment:
Syukran sebab membuka hati nak baca tafsir surah 'abasa.
Post a Comment