Wednesday, November 2

Entri Cuci Sawang.

Salam alayk semua. How's faith?




Rasanya lama tak menulis. Memang pun kan. Setiap kali ada idea, rasa berkobar kobar untuk menulis. Adrenalin yang sama rasanya bila kita naik basikal turun bukit di waktu subuh sambil jerit "Indahnyyyyyeee!".

Tapi setiap kali nak menulis, fikir dua tiga kali, tak jadi pulak. Alahai.

Dalam lapangan dakwah ni, ada bermacam jenis amal yang ada, dan ia ditentukan oleh fikrah kita.
Penulisan bagi Adwa' adalah salah satu amal qowwiy yang sangat sangat melembut hati. Rasanya semua pun setuju. Banyak bahan bacaan yang boleh buat kita menangis cam baby kan? Penulisan yang dilahirkan dengan ruh dapat menyentuh ruh manusia. Macam kata abu amar, "Puisi menjadikan kata kata lebih menarik ;) "

Di awal pembabitan tarbiyah Adwa', encik naqib pernah buat satu blog untuk kami, anak anak usrahnya berkarya. Tapi malangnya blog tak dapat bertahan lama sebab jelas ikhwah  memang agak kurang bakat menulis T__T

Tapi seterusnya, semangat menulis itu datang semula bila kena masanya. Ingat lagi tulisan seorang ukht ni, katanya, qalam kita akan mengalirkan pahala walaupun ketika kita sudah meninggal dunia. Maka menulislah semampunya, menulislah tiap kali ada masa. Memang semangat kejap lepas baca tu, tapi kejap jela.

Begitulah seterusnya. Semangat yang turun naik sentiasa.

Bagi yang cenderung untuk menulis, teruskan berkarya. Cuma, usah jadikannya amal yang dhoif, atau alasan untuk kita terus beralasan. Menulis belog dan melupakan tanggungjawab kita bersemuka dengan masyarakat, lari dari kerosakkan ummah, perlahan dalam mentajmik atau jarang jarang bermuayashah dengan mad'u itu satu escapisme tahu? Anda layak dijentik jika begitu!


Istiqamah lah dalam beramal, kerana itu amal yang dicintai Allah. Yang utama tetap utama, kedua dan ketiga perlu datang selepasnya. Moga diberi kekuatan, di sebalik ruang masa yang menghimpit, untuk terus menulis.



Toodles! Wasalam.

No comments: