Saturday, November 30

Korang memang menyentuh hati!


Satu hari,
saya berbulatan gembira dengan adik adik. Usai kerja terus memecut pulang, mahu siap siap persiapan usrah.

Penat sangat rasanya malam itu.
Jenuh menahan menguap bila sesi musykilah adik adik.

Habis sahaja usrah, berborak borak sebentar dengan adik adik, dan saya tak ingat apa apa lagi selepasnya.

Terjaga sahaja,
Saya lihat diri sudah terbaring di sofa bersama bantal empuk, diselimutkan lagi. Di tepi ada bungkusan berisi keropok dan sebotol budu hehe.
Dan mereka terbaring di tepi tepi saya tanpa berselimutkan apa apa.

Terharu.

Kalau akhowat mungkin macam biasa, tapi ikhwah yang buat macam ni agak menyentuh hati ekeke.




No comments: