Firman Allah,
"Allah tidak membebankan seseorang kecuali dengan yang mampu ditanggungnya.."
Al Baqarah : 186.
Saban hari kita membaca ayat ini dalam wirid harian, kerana kita perlukan bekalan ini dalam menempuh ujian kehidupan.
Tapi akhi, ni nak bagitahu rahsia sikit ni.
Ada satu lagi sisi pandang ayat ini dari para mufassirin.
Bahawa,
Allah akan memberi satu satu ujian, berulang ulang kali, hingga kita berdaya dan mampu menempuhnya.
Kalau kelemahan kita harta, kita akan diuji dengan harta hingga kita sembuh dari cinta dunia. Kalau kelemahan kita wanita, kita akan diuji dengan mereka hingga ia bukan lagi yang melemahkan kita.
Bak kata kakak Yasmin,
Kita sering meminta kekuatan untuk menempuh ujian. Tapi sebenarnya, dengan ujian itulah Allah beri kita kekuatan.
Sebak kan akhi? Meh peluk sikit meh.
Moga Al Quran jadi penyejuk hati kita.
No comments:
Post a Comment