Friday, January 21

Quran and Contemplation. [ Sempena habis exam ]

Alhamdulillah
tammat sudah musim exam ni.
yehhuuuu.
pasni nak balik jumpe mak abah oh
rindu :')

anyways,
pas habis exam kena muhasabah
ala ala post mortem gitu :D








Kalau seseorang student tu,
study satu Materials in Design hanya dalam 2,3 malam,
dan berjaya meraih distinction dalam exam,

maka itu genius!


Jika seorang hafiz berjaya menghafaz Al Quran,
dalam masa hanya dua bulan,

maka itu zakiyyun!

Kebijaksanaan sering saja dikaitkan dengan pantasnya seseorang itu memahami atau menguasai sesuatu yang dipelajari. Tapi kecenderungan untuk menguasai sesuatu dalam tempoh masa yang singkat mungkin akan menjejaskan hadaf utama proses pembelajaran itu sendiri.


Practicality

Jika seorang pekebun bercucuk tanam menghitung waktu menanti hasil, begitu juga sepatutnya, kepuasan bagi seorang yang belajar adalah semasa dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari.. Namun apa yang kita dapat lihat sekarang, examination-based learning semakin mengaburi the ultimate goal dalam menuntut ilmu.

Ramai yang                               study
                                                            study                           study
                               study               
                                                                                        study
                                                                study
hanya sebagai persiapan ketika menjelangnya exam, semata mata untuk score A score dalam peperiksaan. Muntij atau tidak cara study, peduli apa. Asalkan markah gempak, kan?


Hasilnya, the so-called "kebijaksanaan" seseorang itu hanya di kertas kertas peperiksaan. Bukan diterjemah ke dalam kehidupan.

Lihat ketika mempelajari Al Quran misalnya, bukan siapa yang dapat menghafaz ayat ayat terbaru dari Rasulullah menjadi buruan para sahabat, sebaliknya mereka saling berlumba memahami, menjiwai dan mempraktikkan ke dalam kehidupan.

 Berkata Abu Abdullah Rahman As Sulami,

“Kami telah diberitahu oleh orang-orang yang membacakan al-Quran kepada kami seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin Masud dan lain-lainnya bahawa apabila mereka mempelajari sepuluh ayat al-Quran daripada nabi mereka tidak akan berpindah ke ayat lain sehingga mereka mengetahui ilmu dan amalan yang terkandung di dalamnya. Mereka berkata: Kami telah mempelajari al-Quran, ilmu dan amal secara serentak.”

(Israiliyyat dan Hadith Palsu Dalam Kitab-kitab Tafsir, Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Jakim, ms 26)

Begitu juga dengan Abdullah ibnu Umar, yang menghabiskan masa *8 tahun untuk menghafaz surah Al Baqarah. Sedangkan mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk mengingat ayat ayat dalam bahasa ibunda mereka. The keyword here is Contemplation, not Memorisation. Para sahabat sedar bahawa yang lebih utama adalah untuk hidup dengan manual yang dipelajari, bukan sekadar membacanya dengan suara yang merdu atau berlumba lumba dalam menghafaz secepat mungkin. Tiada persoalan "bermalas malasan dalam menghafaz" atau "menghafaz sambil lewa" bagi mereka jika mengambil masa dalam menguasai mushaf.

Sudah sampai masanya kita menggunakan sistem pendidikan Al Quran, bukan pembelajaran semata mata. Semoga Al Quran bukan lagi helaian helaian kertas yang sekadar di baca dan di hafaz, tetapi turut diadaptasikan dalam diri pembacanya. Ilmu yang bermanfaat itu membuahkan takwa, dan takwa itu membuahkan amal dan akhlak.




Mari jadi mushaf yang berjalan, dan Islam yang dipertontonkan!




*tempoh berbeza mengikut riwayat. 8,10,13 atau 14 tahun.

p/s : Pesanan untuk diri sendiri jugak. Pening pale xcukup tidur sebab exam :/

2 comments:

Anonymous said...

cntik la..t leyh blaja wt blog ngn adwa la..

Menang atau Syahid Adwa' said...

blog adwa' ke?
ni kak haura' yang hack, pastu die tukar layout. hehe
tanye die ;)