“Jika datang kepada kalian lelaki yang baik agamanya (untuk melamar), maka nikahkanlah ia. Jika kalian tidak melakukannya, niscaya akan terjadi fitnah dan kerusakan besar di muka bumi”
(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)
Itu tanda keprihatinan baginda nabi buat para mukminaat.
Bahawa datangnya seorang lelaki yang dikira baik, terima. Tidak berbaloi menanti yang belum pasti, takut takut banyak fitnah sepanjang masa yang tertunda.
Sekali pandang, seolahnya hadith ini memberi kelegaan buat kaum lelaki.
Maka ramai yang tersenyum. Berbekalkan hadith ini mereka melamar wanita idaman.
Akhirnya ditolak, dan mereka kecewa. Mengapa, wanita itu tegar menolak mereka? Tidak beriman dengan hadith bagindakah?
Namun di hujung hari kita belajar, bahawa wanita pasti berfikir panjang untuk masa depannya. Bukan atas alasan remeh atau sepele dia gunakan untuk membuat keputusan.
Dia mencari sosok yang mahu memimpin ke syurga.
Moga kita, ikhwah, bukan lelaki itu.
Bukan lelaki yang menggunakan hadith ini atas kepentingan diri, sambil menjualnya ketika taaruf, sambil mengangkat kesolehan sendiri.
No comments:
Post a Comment