Thursday, July 11

"Memelihara Keaiban"




"Tahu tak,Allah xpernah nyatakan siapa nama isteri al aziz dalam surah Yusuf..kenapa?"

Saya mendengar tazkirah seorang ustaz.
Tertunggu tunggu apa jawapannya.


"Kerana, isteri al aziz yang bermaksiat dulu telah bertaubah setelah beberapa lama.
Allah menyembunyikan aib isteri al aziz,
Hanya menceritakan watak dan perilaku beliau tanpa mengeluarkan identiti sebenar.

Allah jaga aib wanita itu,kerana cerita Yusuf ini akan kita baca berulang ulang kali hingga akhir zaman.."


Menutup aib orang adalah satu kewajipan.

Benar,
Mungkin ada pendosa yang terlanjur mengiklankan rasa bangga dengan maksiatnya (dalam tempoh seminggu itu),

Namun sokonglah pilihan dia untuk menyesal dan bertaubat.

Bantu dia kambuskan aibnya.

Kita jaga,
kerana kita juga sama pendosa.




"Jika agama ini gagal menawarkan harapan, ia bukan dari tuhan.."




2 comments:

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

fuh. tiada hak bagi manusia utk berkata :

"dia itu.."
"dia ini.."
begitu begini

sungguh mulut telunjuk jari jemari milik Allah
dan hanya Allah tahu isi hati

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Moga kita berjuang menutup aib sesama.