Sunday, July 14

"Keredupan"


"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".


|Al Qasas : 24|



Nabi Musa bertindih tindih ditimpa musibah.
Terbunuh orang tanpa sengaja, lalu diri dalam pelarian.
Dan dia mengolah doa ini sebagai satu rayuan.


Dan perasan sesuatu?

Ayat selepas itu dia berkenalan dengan syuaib dan puterinya.

Ayat selepas ayat selepas itu dia diambil berkerja.

Ayat selepas ayat selepas ayat selepas itu dia dipelawa untuk berumahtangga yay.

Cantik kan?

Bagaimana cepat Allah mengabulkan doa Musa. Secepat dua tiga ayat berturutan dalam Al Quran!

Antara babak feberet saya masa masa ini. Yela, best orang offer kawen ekeke.



----

Kita agaknya perlu belajar banyak dari peribadi Musa.

Berbuat baik antara sesama, usah minta apa apa. Bahkan rayu sesuatu dari tuhan sebagai ganjaran.

Mencari teduhan tenang dan damai, mencari kerehatan kerana tanggungjawab kepada manusia, tapi masih rasa perlu ada antara dia dan tuhannya kata kata mesra.

Atau mungkin itulah sifat manusia rabbani;

Dalam rimbunan redup,
Tika mata dibawah teduhan nyaman,
hati akan bersuara sendiri, mulut akan meminta tanpa dipaksa.

Dekatnya mereka dengan tuhan.

Sesungguhnya,
aku ini lebih faqir akan nikmatMu lebih dari Musa.








Mencari hati yang redup.







No comments: