Thursday, April 11

"Doa itu makbul, walau dari yang bakal kufur."






"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya."

||Al Ankabut : 65||





dan Dia bercerita,
kisah kisah Dia menabur pertolongan
menyelamatkan insan yang terkapai kapai
atas bahtera,
dilambung ombak ditelan badai.

tapi hambaNya selepas itu mungkar,
walau sangat tulus ikhlas mereka tadi, tulus ikhlas itu cukup sebentar.
tanpa syukur,
mereka terus melupa.

Ketika detik itu,
apa yang mereka harapkan hanya satu; pertolongan Allah.
Itulah satu satunya harapan, itulah satu satunya permintaan.

Tapi sebagai manusia, mereka kemudiannya alpa,
Lalu yang pernah jadi satu harapan itu
mereka tutup dengan dusta.

Yang jadi hebahan cuma bagaimana hebatnya mereka di lautan,
Yang jadi siulan cuma pujian pujian meninggi,
tapi bukan untuk tuhan.

Begitulah mereka membalas satu pertolongan.





Allah tahu bagaimana hambaNya.
Setiap kita. Puji dan celanya. Luar hingga dalamnya.

Allah tahu kesudahan apa yang kita berikan dengan pertolonganNya.
Dia tahu segala.
Bersyukurkah atau kufurkah dia?
Meningkatkah iman atau merudumkah taqwa?

Tapi,
Allah tidak pernah berkira.




"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku sentiasa hampir; Aku perkenankan permohonan penyeru apabila ia menyeru. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

||Al Baqarah : 186||





Indah.

Tuhanku membuka perkenalan dari bicaraNya.
Dan ini antara detik perkenalan yang paling aku cinta. 
Tuhan yang Maha Besar seolah menyapa satu satu hambaNya yang kerdil, yang kecil.

Aku, dan kamu.


Terlalu banyak yang aku mahu kongsikan dari ayat ini. 
Menyaringkannya sudah buatku terharu, apatah lagi menyuarakannya lembut di hadapanmu.
Walau aku tak bisa menyampai perasaan, 
aku harap aku mampu memujuk kau untuk perasan.


Tiada kata "Jika..", yang ada cuma "Dan apabila.."
Seperti tiada ruang untuk keraguan, pasti akan ada hamba hamba yang datang bertanyakan tentang tuhan.

Tiada kata namaNya "Allah.." di sini, yang ada cuma "Aku.."
Itu lambang satu keintiman. Lambang keakraban.

Tiada sebarang kelompok hamba tertentu yang dijawab doanya, yang ada cuma "Penyeru apabila mereka menyeru.."
Seruan yang terbuka buat semua. Semua yang mampu bersuara.Teguh iman atau tidak, bermaksiat atau tidak. Ia lambang pengharapan tanpa sempadan.



Ya,
lebih lebih lagi buat kita pendosa. Harapan selalu ada.
(Eh macam buku Hilal Asyraf pulak)

Ruang du'a itu pasti luas menghampar, 
untuk kau berlari lari mengejar cinta.

Hidup kita mungkin masih terisi dengan maksiat maksiat, 
walaupun sedayanya kita menyesal,
menginsafinya dalam taubat.

Hingga kita tak mampu lagi mendongak ke langit 
kerana merasa tidak layak kita mengadap tuhan, 
dengan pakaian hina sambil dosa jadi bauan.

Tapi sebenarnya Allah sentiasa memandangmu, 
mengalu alukan apa saja yang kau minta.


Berdu'alah, 
agar kita selalu ingin berdu'a.






Yang cuba mendongak ke langit,
Adwa'.


1 comment:

Nasriah Ns said...

mcm kata adwa, berdoalah agar kita selalu ingin berdoa. kami pernah mmbincangkan ini, tapi x kurang jelas, bagaimana jika selalu berdoa hingga tiba-tiba hati rasa malas berdoa? futur atau bagaimanakah?

mohon pandangan pihak pena cyrano.

:)