Saturday, November 30

Dualisme.



Menjadi duta duta usrah dan aktivis harakah buat segala perbuatan kita kritikal di sisi manusia.

Semua orang ada kelemahan manusiawinya dalam beriman, tapi ada segelintir orang lebih suka menisbahkan kekurangan itu kepada label yang paling ketara.

Sedikit sahaja kita terbabas, keterbabasan (eh?) itu akan dinisbahkan kepada aflisiasi kita terhadap usrah.

"Ko tengok tu. Dia budak usrah pun tengok movie lagi.."

"Eleh.. Dia pun subuh lewat juga.. kata budak usrah".

Masyarakat tidak memberikan kita kata dua.

Pilih untuk benar benar membumi, atau masih keawangan dengan dualisme yang disembunyi.



No comments: