Friday, March 15

Ini Sejarah Saya (Part 1)

Malam ni agak free. Dah seminggu lebih agenda malam hari saya tidak putus putus ada. Tambah tambah menjelang PRU ini, kesibukannya berganda. Esok pula akan bergerak ke Pahang. Mahu ziarah seorang YB insyaAllah dan berkempen untuknya.

Malam ini, saya mahu bersendiri.
Mungkin mahu jadi penglipur lara malam ini.
Sekadar berkongsi kisah kisah lama, moga terselit ibrah yang boleh kita ambil bersama.

Baiklah. Tarik nafas. Tutup lampu bilik.

Ini adalah kisah saya.
Kisah seorang lelaki biasa yang hidup sebagai hamba yang Esa.
Kisah yang membawa memori untuk singgah di masa itu,
masa beberapa tahun dahulu,
ketika terlangkahnya di jalan bahagia ini mula mulanya.

Kisah saya, tidaklah sehebat keislaman Umar yang benar benar mengubah beliau.
Umar yang sangat pekat dengan kegelapan jahiliyah, terus bersinar terang dengan hadirnya iman bersama syahadah. Kerana dia juga, Islam yang ketika itu terhimpit kian mendapat ruang untuk kembali bangkit.

Kisah saya juga tidaklah sehebat kisah kisah para muallaf yang mencari cari sinar kehidupan sebelum mendapat hidayah, akhirnya mereka yang membantu insan lain yang masih teraba raba dalam gelap gelita, seperti yang dilalui mereka.

Kisah saya juga tidaklah mengujakan seperti kisahnya ikhwah dan akhowat dalam pengembaraan mereka memahami Islam. Hidup mereka terisi dengan peristiwa peristiwa pengorbanan dan air mata, dan walaupun jarang sekali mereka menceritakannya, kisah kisah itu tetap tersebar buat hati hati lain mengambil iktibar.

Ok. Harap anda tidak tertidur di atas laptop ketika separuh jalan membaca kisah saya.
Buruk sangat perangai anda.

Saya berasal dari keluarga yang sederhana.
Baik dari segi ekonomi, taraf hidup, dan orientasi agamanya.
Walaupun kebanyakkan ahli keluarga saya adalah ikon ikon masyarakat dan agama, namun saya tidak ada kecenderungan sebegitu pada awal usia saya.
Boleh dikatakan, saya tidak tahu mengatur masa depan.
Hanya abah dan mak yang menghalakan arah tuju hidup saya.

Setelah tamat UPSR, saya telah ditaqdirkan Allah untuk bersekolah di sebuah sekolah asrama penuh. Sekolah sains ya, bukan sekolah agama.
Ketika di sekolah itu, saya bukanlah seorang pelajar yang menonjol,
walaupun dari segi akademiknya saya antara pelajar yang cemerlang ditingkatan saya.

Ketika di sekolah, saya memandang kerja kerja dakwah dan agama ini tidak lebih dari satu cabang aflisiasi untuk mengisi keperluan setempat.
Setiap tahun mesti ada ahli BADAR yang perlu dilantik, maka orang baik baik akan tercalon.
Setiap tahun mesti ada para naqib yang dilantik, maka para guru akan menilai mereka yang berkelayakkan untuk menyandang posisi tersebut.

Begitulah pandangan saya ketika itu.
Kerja kerja agama hanya untuk mereka yang diberi jawatan oleh pihak atasan.
Orang orang biasa seperti saya, tidak perlu lebih lebih. Cukup sekadar baik baik sendiri, bila dan mana kita suka.

Ketika di menengah atas, saya selesa bergaul dengan kawan kawan yang dekat dengan agama. Bukanlah saya baik sangat ketika zaman muda muda. Nakal juga. Cuma kerana berdampingan dengan kawan yang betul, peribadi saya juga terpengaruh sedikit demi sedikit dengan mereka.

Satu masa,
di tahun akhir pengajian,
seorang senior dari Australia telah singgah dan mengadakan kem untuk calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Pada mulanya, saya lihat program seperti ini tidak ubah seperti program program motivasi yang lainnya.

Kesedaran yang berkala. Paling lama hanya mampu bertahan seminggu dua.

Namun ada sesuatu yang menarik hati saya melihat abang abang senior kali ini.
Jika kebanyakkan fasilitator hanya duduk sesama mereka sahaja, abang abang ini lebih meluangkan masa bersama kami adik adiknya, bersuai kenal dan berborak borak perihal kehidupan.
Seolah olah mereka sangat menjaga hati kami dan cuba bergaul sedayanya.

Dari situ saya tahu, abang abang ini bukan seperti fasilitator fasilitator biasa.

Ketua fasi ketika itu, adalah bekas ketua pelajar sekolah saya. Dia seorang yang sederhana. Manis dan comel orangnya ahaha.
Jika dia berkongsi sesuatu, perkongsiannya pasti akan terisi kelakar, namun sentiasa disudahkan dengan kata kata yang menyentuh hati pada akhirnya. (Skill ini yang sedaya upaya saya belajar dari dia).

Apa yang paling mengagumkan saya, adalah bagaimana dia mengubah manusia atas izin Allah, di hadapan mata saya.

Beliau ketika itu, telah mengambil peluang untuk beramah mesra dengan seorang pelajar yang paling nakal di tingkatan saya ketika itu. Nakal memang nakal habislah. Kalau tengok rekod disiplin tu macam karangan tiga mukasurat dah kot rekod dia.

Tapi apa yang abang tu buat, adalah cuba mengambil hati pelajar tersebut.

Seusai tamatnya program itu, abang itu telah menjemput pelajar itu ke rumahnya di Pahang selama beberapa hari. Beberapa hari itu kami isi dengan agenda masing masing di rumah masing masing, namun saya tertanya tanya apakah yang mungkin abang itu lakukan kepada pelajar bermasalah itu.

Hasilnya, sangat mengejutkan.

Tamat sahaja cuti, dan kami kembali semula ke sekolah dengan satu kejutan besar.

Pelajar yang bermasalah itu berubah sepenuhnya. Dari seorang yang malas bersolat jemaah, kini beliau adalah orang paling depan dan paling lantang suaranya menyuruh adik adik dalam saf untuk rapat rapat.
Dari orang yang sering melalak malam malam, kini hanya tangisan dia teresak esak yang dia keluarkan malam malam.

Saya kagum.

Dalam masa seminggu, abang itu telah membentuk satu peribadi yang tidak pernah saya sangkakan mungkin terhasil dari satu susuk yang punya rekod sangat buruk. Dalam saya kehairanan, saya cuba mengaitkan semua yang saya tahu tentang rombongan abang abang senior tadi, apakah tujuan asal mereka datang kesini, mengapa mereka berbeza dari fasilitator fasilitator lain dan sebagainya.

Kepingan kepingan puzzle yang berlegar legar di kepala saya menemukan saya kepada satu perkataan.

'Tarbiyyah'.

Walaupun ketika itu, akal dhaif saya tidak mampu memahami apakah sebenarnya tarbiyah yang sering dilafazkan abang abang itu, namun saya tahu itulah yang harusnya saya cari dalam hidup ini. Saya mahu berubah dan mengubah. Saya mahu tahu apa itu tarbiyah!

Dan setelah tamat SPM, dengan keputusan 11A, saya telah menjejakkan kaki ke tempat yang mengubah hidup saya.

Tempat dimana saya dan tarbiyah bertemu janji, buat pertama kali.

Di sinilah, saya kenal erti tarbiyah.




--OK bersambung part 2 pulak. hehe salam.---









5 comments:

N.F.A said...

Alhamdulillah....

N.F.A said...

Alhamdulillah....

aimiazmi said...

Bila dijentik rasa manisnya tarbiyah. Tak mungkin lupa,kan? :')

Menang atau Syahid Adwa'. said...

iya. pasti tak lupa :)

Srikandi Umar Mujahid said...

masih tertanya-tanya,dimanakan "universiti tarbiah" yang slalu adwa sebutkan itu..