Sunday, June 16

Lazat!


Satu hari, sebelum tidur.
Saya bertanya kepada seorang ustaz yang sedang asyik surf internet di tabletnya.

"Ustaz,
ana baca Al Quran. Part nikmat syurga, tapi hati  tak rasa rindu dengan nikmat nikmat tu. 
Tak ada keghairahan.

Kenapa ya?"

Kebetulan,
masa itu memang persoalan ini antara yang selalu jadi dilema saya.

Ustaz jawab selamba.

"Enta tak rasa sebab.makhraj huruf xtepat lagi."

Lalu ustaz membaca sepotong ayat dari surah Muhammad yang membicarakan tentang nikmat syurga,sambil menyuruh saya memerhati mulutnya. Ayat ke 15.

Hanya ada satu perkataan dalam fikiran saya selepas menyaksikan ustaz itu membacanya.

LAZAT.

-----

Al Quran ini hebat.

Walau kita tidak berkongsi bahasa yang sama, tapi ruhnya mampu mampu membelai kita.
Syaratnya,
sediakan hati untuk menerima.

Di samping kita tilawah,taranum,hafaz AQ,
ingat juga teguran Allah buat orang kafir.

"Apakah mereka itu tidak mentadabbur Al Quran?.."

Muhammad : 24.

Herdikan ini buat orang kafir,yang tidak mahu mentadabur AQ,
jangan pula kita yang beriman ni terpercik juga atas keengganan berbuat amal yang sama.


No comments: