Sunday, June 16

"Tarbiyah yang mencelikkan.."



Banyak perkara dalam hidup ini,
kita pelajari,

bukan dari kitab kitab, bukan dari majlis majlis ta'lim dan bertalaqi semata mata.

Banyak yang kita belajar untuk kehidupan ini,
semasa kita menjalani kehidupan itu sendiri.

Ketika menyusun kasut di masjid, ketika menggoreng keropok, malah ketika membeli nasi di kedai makan.

Detik detik ini biasa,
yang juga dilalui oleh semua.

Namun dengan tarbiyah,
seringkali detik detik biasa inilah yang kita renungkan,
mengeluarkan titik titis ibrah dan pengajaran yang ada

hingga terkadang dada kita sebak, mata kita basah.

Betapa tarbiyah ini mengubah pandangan kita, dan betapa Islam yang sebenar benarnya ini sangat bahagia.

Dan saat kita benar benar tersentuh itulah yang benar benar membumikan apa pengajaran yang kita dapat, sampai bila bila.



Inilah Islam. 

Nampak?



No comments: