Tuesday, April 30

"Rumah di syurga, disisiMu.."




"dan Allah mmberikan contoh kepada orang mukmin akan isteri firaun,ketika dia berkata "Wahai tuhanku,binalah untukku sebuah rumah disisimu dalam syurga,dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.."



At Tahrim : 11.

Seringkali bacaanku terhenti di ayat ini.

Tidak mudah menjadi isteri firaun. Menjadi isteri kepada sang tirani,bapa kezaliman.

Setiap hari terpaksa menelan hakikat bahawa dia yang beriman,terpaksa berkongsi kediaman dengan musuh tuhan.

Dan untuk pujuk hatinya,dia berdoa dan bercita.

Tidak mahu sekadar masuk syurga,tidak.
Tidak mahu sekadar melihat rabbnya,tidak.

Malah dia pinta satu kediaman,di sisi Yang Esa.

Dekat sentiasa.

Dia pinta kerana itu sahaja ganjaran yang layak dia terima atas pengorbanannya di syurga.

Mari, kita impikan diri setabah Asiah, isteri Firaun.



No comments: