Wednesday, April 17

Aku dan buku.



Antara teman bukan manusia yang paling rapat dengan saya, adalah semestinya buku buku.

Sesiapa yang mengenali saya, pasti dapat perhatikan bagaimana saya menyusun buku saya.
Dengan tidak tersusun!

Atas peti ais ada buku. Bawah rak tv ada buku. Atas almari ubat ada buku. Sebelah bantal ada buku.

Dan untuk menjauhkan anda dari berprasangka,
lebih lebih lagi membina presepsi buruk kepada makcik makcik yang sedang mencari menantu,
Haruslah saya jelaskan bahawa saya tidaklah meletakkan buku merata rata itu kerana kemalasan saya.

Sengaja saya hamburkan buku buku sebegitu, supaya setiap masa lapang saya cuba sedaya upaya isi dengan membaca.

Sambil memasak nugget, sambil menyapu sampah, sambil menunggu mesin basuh membasuh baju,
hingga sambil beratur di ATM.

Hah poyo jugak rasa. Mesti anda bayangkan saya seorang budak berkaca mata besar, rambut sikat belah tengah,
pakai seluar angkat hingga ke dada sambil memakai baju kemeja petak petak berkancing lengan.

Oh tidak. Haruslah saya lebih bergaya dari itu.


Merenung kenangan di sekolah rendah, saya antara mereka yang selalu muncul di perhimpunan
untuk menerima anugerah Nilam.
Kadang kadang, sanggup balik lewat, janji khatam buku buku yang diharapkan.
Selalunya tak terbaca pun. Pinjam buku sehari, belek belek, esoknya isi dalam buku rekod.
Sekadar nak cikgu puji hehe.

Di sekolah menengah,
entah kenapa tabiat membaca semakin kurang. Cuma mungkin sekali sekala baca NST sebab dah jadi langganan sekolah
setiap hari.
Dan malang sekali, semangat membaca saya berterusan untuk berkubur selepas tamat sekolah menengah.

Masa itu, mindset saya cuma kata "Buku hanya ada diperpustakaan sekolah. Tiada di rumah. Orang biasa tak boleh beli. Yang boleh beli buku cuma orang jaga library".
Mindset yang sama saya kekalkan sampailah zaman universiti.

Hingga satu hari, saya bersama rakan rakan seusrah ketika itu diminta naqib kami untuk membeli sebuah buku.
"Asas asas Islam" tulisan Abu Al A'la al Maududi.
Bayangkan, lama tinggal buku tuptup baca tulisan syaikh besar pula tu. hehe.
Dengan mata yang berat, berkarat, saya hanya mampu menghabiskan satu dua bab dalam masa 2,3 bulan.

Memang tak ada langsung semangat membaca ketika itu. Tambahan pula baru masuk universiti kan.
Jadi kalau nak membaca pun, baca buku akademik sahaja.

Tapi, ada sesuatu yang benar benar mengubah hidup saya.

Sedang saya bersiar siar di facebook, saya ketemu dengan satu blog kepunyaan seorang ukhti. Seorang kakak yang bertahun lebih tua.
(Tak tergamak panggil makcik)

Dia seorang pencinta buku yang tegar. Sangat.
Pernah dia berkongsi gambar gambar buku beliau di rak buku peribadi, dan sungguh, sekali pandang anda akan menyangka itu adalah rak buku sekolah rendah lama anda.
Banyaaaak sangat. Dan bersusun susun. Taksub!

Setiap hari dia akan berkongsi apa bahan bacaannya. Dan setiap minggu, saya pasti akan mengunjungi blog kepunyaannya
untuk membaca resensi resensi buku yang beliau telah baca. Ok masa tu nak baca sendiri, memang malas.

Satu ketika,
beliau telah berkongsi satu kisah duka.

Saat ketika ibu beliau yang tercinta, meninggal dunia.

Tiap patah tulisan yang beliau kongsikan itu buat saya rasa duka sama.
Seolah olah rasa sendiri kehilangan yang beliau alami, kerinduan dan ruang besar yang ditinggalkan kerana satu perpisahan, biarpun sekadar membacanya di blog sahaja.

Dia bercerita,
bahawa menghadapi kehilangan dengan satu cinta itu parahnya sangat dalam. Hati tersiat terluka.
Dan dia hanya ada buku buku untuk pujuk hatinya.

Di waktu waktu pilu,
beliau hanya menghabiskan masa dengan buku buku, perjuangan Rasul mulia, mengenang saat baginda juga berduka ketika hilangnya zaujah dan pakcik yang setia,
dan yang lebih utama, senyap sebentar wahyu dari langit ke dunia.

Hanya helaian sirah baginda buat bebanan terasa ringan. Dan seharusnya itu juga yang patut kita rasa.

Akhirnya, satu malam itu, duka kakak itu telah Allah ubati.

Hadir dalam mimpinya,
adalah Rasulullah sendiri.

Rasulullah mengajaknya menaiki satu kereta kuda bersama baginda, membawanya jauh lari dari dunia.

Mungkin, ke syurga.


Saya, yang sedang membacanya, terkedu.
Ruginya rasa.
Di depan mata saya adalah cerita orang yang mantap imannya, teguh redhanya,
yang pasti yang banyak membantu dia menelan pahitnya rasa kehilangan,
adalah temannya yang setia,

Buku buku.

Saya mula sedar, yang membaca ini sebenarnya akan mengubah manusia. Manusia adalah apa yang mereka baca.
Hey, benar!
mereka yang kuat daya tahannya, tajam daya fikirnya, terisi hikmah pada kata katanya, kebanyakkan mereka adalah yang tidak jemu jemu membaca dan menuntut ilmu.

Sekarang, saya rasa tiada lagi pelaburan yang lebih menguntungkan dari buku.
Kadang kadang selang 3,4 hari akan singgah beli buku lagi. hehe.

Cuma kena banyak istighfar, berbelanja juga perlu ada warasnya.

Ok. Nak baca buku.

Oh ya,
harap apa yang kita baca, akan ada terbuah amalnya.

"Segala yang tidak membuahkan amal adalah lagha," kata Hassan Al Banna.

Tak mahulah ibadah membaca ini juga satu agenda lagha.



Salam.








2 comments:

Nas said...

adwa, share blog ukhti tu boleh?

ismisyahida. said...

buku, teman setia dalam diam. dan kadang, teman pengubat luka dalam duka.

kalau orang tanya koleksi apa yang kau ada,
dan bila kita jawab dengan rendah hatinya,
buku!

waktu itu, hati rasa luas. jazakallahukhair atas perkongsian. membuat hati lebih mahu mencintai buku.