Friday, April 19

Si penakut.


Setiap kita pasti ada ketakutan kita sendiri.
Kadang kadang takut itu pada satu benda.
Tikus, lipas, harimau, ular, jengking.

Kadang kala takut itu pada satu benda yang tiada.
Kegelapan, bila tiada cahaya.
Kesunyian, bila tiada peneman.
Masa depan, bila tiada jadi jaminan.

itu khauf ;
Rasa takut bila menghadapi perkara yang menggangu kita.
Selalu ia dikaitkan dengan sesuatu yang nyata, di depan mata.
Dan ketakutan sebegitu, biasanya tercela.
Melainkan,
ketakutan kepada tuhan.






Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

|An Naziat : 40|






Ketika ini seorang hamba berasa khauf.
Dan rasa ini bukanlah semata mata kerana takutkan tuhan, bahkan kerana berdiri di hadapanNya,
melihat kebenaran dengan nyata.

Khauf  ini umpama lebih mudah, ia lahir atas bantuan deria
menyaksikan, mendengarkan, ketika semua bukan lagi dusta.


Tapi untuk takut akan dzat yang memegang jiwa, tanpa melihatnya, tanpa mendengar apa apa,
itu perlu didikan.






"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang  takut akan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

|Fathir : 28|




Khashyah, dengan sesuatu yang tersembunyi dari deria.
Khashyah, yang lahir dengan taqwa.


Dan kau tahu apakah ketakutan paling terpuji itu?




"Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut akan Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia."

|Yasin : 11|





Iya, takut dengan Ar Rahman.


Mungkin lebih mudah kedengarannya, 
jika Allah memperkenalkan namanya yang lain untuk ditakuti.

Al Azeez, mungkin? Al Jabbar, misalnya?

Namun kenapa Ar Rahman?

Ar Rahman yang sama, memberi nikmat dan anugerah tidak terhingga.

Ar Rahman yang sama, yang dinisbahkan namanya bersama hamba hamba soleh, Ibadurrahman, tanda keintiman mereka dengan tuhan.

Mudah untuk kita merasa akrab dengan Tuhan pemberi nikmat, yang tidak putus putus bekali kita dengan kebaikan,
Tapi untuk merasa takut dengan Tuhan Yang Maha Pemurah,
itu adalah puncaknya tertinggi ketaatan.


Ar Rahman yang sama, perlu kita takuti,
sebagai tanda kita cinta.








No comments: