Tuesday, April 16

"Adakah semudah itu?"


Hassan Al Basri pernah berkata,

"Tidak pernah aku jumpai sesuatu yang sangat sukar untuk berhadapan, melainkan dengan bolak baliknya niatku sendiri.."

Termenung.

Yang bersuara ini adalah orang soleh yang masyur dengan kesalehannya.

Sedangkan kita, mudah sahaja berkira yang niat kita sudah nyata tulusnya?

"InsyaAllah ikhwah. Kita ikhlaskan niat, tajdid niat masing masing sebelum bermula.."

Maka kita semua tunduk muhasabah sebentar, memohon ampun dengan istighfar.
cuba betuli makna kenapa kita berkerja.
lalu meneruskan agenda seperti biasa kemudiannya.

Namun masih aku tertanya tanya,
Apakah semudah itu kerja menetapkan niat,
yang insan sesoleh Hassan Al Basri juga mengakui kesukarannya?



..........


No comments: