Monday, March 4

"Tamannau..!"

Dulu pernah cerita.
Bahawa seusai satu program tarbiyah,
saya terlihat satu syarikat kecil tapi amat menarik perhatian saya.
Lantas detikan hati saya berdoa,

"Ya Allah terimalah amal solehku bepergian menuntut ilmu. Dan atas amal itu kau permudahkan peluang kerja ku, moga dapat aku kerja di syarikat itu.."

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Dia Al Mujeeb.

Beberapa tahun kemudian, 
saya menjadi pekerja di syarikat tersebut hehe alhamdulillah.

Namun apa yang ramai tak tahu,
adalah saya juga pernah berdoa untuk diberi peluang pekerjaan di sebuah syarikat besar.
Dan,
Doa itu juga dimakbulkan.

Awalnya saya berada dalam dilema juga,
untuk memilih dua pilihan yang benar benar dekat dengan hati saya.
Kalau bicara soal gaji,
syarikat yang satu lagi itu gajinya 3kali ganda lebih besar
dari apa yang ditawarkan oleh syarikat saya sekarang ini.
Satu angka yang sangat besar buat jurutera fresh grad.
Dengan banyaknya ganjaran lain untuk pekerja pekerja di sana,
saya rasa dalam masa setengah tahun bekerja
saya sudah mampu untuk berkahwin ekekeke.

Namun, cinta saya bukan di sana.

Keberadaan saya di sini, di Bangi, lebih bermakna.
Di sini saya rasa lebih diperlukan,
memandu adik adik yang terkapai kapai dalam dnt.

Maka tolong jangan tanya mengapa saya terlalu bodoh untuk menolak tawaran pekerjaan yang begitu lumayan.

Pekerjaan itu satu wasilah untuk berbakti dan berkongsi kurniaan tuhan.
Bukan wasilah berlumba lumba mahu jadi berada,
tak henti henti kejar kekayaan.

Daie, ada misi yang lebih besar dari mengejar kemewahan,
bergaji besar dan hidup bersenang lenang.

Dan jika misi ini memerlukan kita untuk berkorban,
Melupakan sebentar angan angan indah,
berkata tidak dengan hidup mewah,

So be it.

Tidak salah jika kita mengharap gaji besar rumah besar kereta besar dan apa apa juga dalam saiz yang sama.

Cumanya,
Saya rasa kemewahan sebegitu pasti sedikit sebanyak menguji.
Pasti.

Berapa ramai orang yang terlalu sibuk dengan perniagaannya,
orang ke daurah daurah dia sibuk ke seminar seminar niaga,
orang ke usrah usrah dia tetap sibuk dengan meeting sepanjang masa,

Hingga satu tahap, dia rasakan bahawa dakwah ini tidak lagi satu kewajipan.
Dan hatinya beralasan bahawa dengan kekayaan kekayaan itu dia mampu menyumbang untuk Islam dan ummah.

Mungkin sekali dia lupa,
Islam tidak perlukan harta.
Berapa ramai yang mudah sekali infaqkan harta benda mereka untuk agama.
Ramai sekali.
Namun untuk menyerahkan diri, berkorban masa dan tenaga, dan menolak kemewahan demi satu cinta,
bukan sesuatu yang mudah didapati dalam diri manusia.

Dan ciri inilah yang membezakan daie dan lainnya.



"Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”

Umar Al Khattab




Biar aku penuhi citamu, Umar, ketika kau mahu bermimpi.


No comments: