Sunday, March 3

"manis muka awak? pakai krim ke?"




"Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis."

HR Muslim


Begitulah pesan Rasulullah.
Murabbi cinta yang disenangi sekelian makhluk di dunia.
Begitulah tips meraih sayang yang baginda kongsikan,
sebagai satu titisan kecil dari manisnya akhlak baginda;
Al Quran.

Baginda umpama Al Quran yang berjalan.
Namun baginda juga tidak terlepas dari ketetapan tuhan.

Masalah tetap ada. 
Sedihnya. Gusarnya.

Kesibukan juga sama. 
Lelahnya. Penatnya.

Quran yang berjalan itu juga punya masalah yang menguji.
Baginda itu mulia, namun jasadnya juga manusia.

Kadang kadang jasad mulia itu juga teruji penat
kerna terpaksa berbagi kudrat.
Ada masa baginda juga keresahan
masalah melanda tiada tertahan.

Namun ini masih jadi pesanan,


"Jangan kamu memandang rendah kepada sebarang kebajikan, sekalipun dengan engkau menemui saudaramu dengan muka yang manis."

HR Muslim

Riak wajah itu,
bukan selalu mudah 
untuk kita lakar dengan kemanisan.

Untuk senyum ceria, memandang tepat ke mata 
tak akan selalunya mudah.

Ia tidak teruji tatkala kita dalam riang tawa,
Ia tidak teruji tatkala kita penuh tenaga.

Yang buat ia berat itu,
tika jasad kita menanggung kepenatan kerana urusan urusan yang kita siapkan.
tika fikir kita disibukkan dengan masalah kerisauan yang tak putus putus.
tika ruang masa kita terlalu singkat untuk ambil masa berjeda, bercanda.

Maka selalunya ketika itu
Kau akan rasa berat walau hanya untuk bermanis muka.
Rasa mahu bersendiri, berhenti melayan mereka yang datang
yang mahu bertemu untuk mengadu, dahagakan kata kata lembutmu.

Namun kau tahu,

Rasul itu menanggung lebih pada kamu.

Baginda fasih benar dengan
jiwa manusia yang perlukan cinta
dan kadang kala terpaksa berbagi masa untuk berkongsi rasa.

Maka,
Teruslah melakar senyuman, menatap matanya.
Walau apa jua.
Walau apa jua.

Kerana mereka perlukan cinta,

Dan engkau juga sama.






No comments: