"Aku rasa dah muak dengan engineering. Bosan belajar yang aku tak minat. Rasa nak belajar agama je."
Saya memandang akh itu dengan pandangan
garang nak makan orang.
"Sekeh kepala mahu? Kalau semua ikhwah belajar engineering cakap macam ko,
nak belajar agama, ummah jadi berdosa tahu?
Khalifah ini umumnya adalah mentadbir negara,
dan untuk itu kita perlu kepakaran dalam semua bidang,
dan tak ada kebergantungan dengan orang kafir.
Mesti ada sekelompok ummah yang penuhi kekosongan fardhu kifayah setiap bidang lah.
Siapa kata engineering ni ilmu dunia bukan akhirat?
Cikgu kepada Hilal Asyraf pernah kata,
"Kalau semua ini ilmu dunia, saya tak akan mengajar kamu semua.."
Ko tau,
ulama' kata ilmu yang bermanfaat ni adalah semua ilmu yang menyemai taqwa.
Tak kisahlah kalau ia engineering ke, sains ke.
Ilmu ilmu ini kalau disertai dengan zikir, kita juga layak digelar ulama'. Ulama' dalam lapangan kita sendiri.
Orang belajar agama pun, kalau tidak tersemai taqwa, ilmu itu tidak bermanfaat juga.
Sebab tu kalau ada ustaz ustazah yang masih fasiq, pasti ada juga saintis dan doktor yang tekun berkerja untuk Islam.
Kalau kita tadabbur Al Quran, dan Quran addresskan ulama', kita kena sedar bahawa kita juga galas tanggungjawab pakar dalam bidang masing masing dan kena beri perhatian atas firman Allah itu.
Dan kita kena sedar satu hari nanti, di masyar nanti,
Kita ini akan ditanya Allah tentang perwakilan ini.
Dan harapnya kita jawab,
"Saya jurutera ya Allah, namun saya juga daie.
Saya membina kemajuan ya Allah, namun saya juga merawat manusia, jiwa dan hati.
Liwajhillah."
No comments:
Post a Comment