"Ana tak akan respek antum sekali antum tak buktikan yang antum terus bersama dakwah ni selepas dua perkara; kerja dan nikah.."
Seorang akh.
Rasa macam nak tampal kata kata ni dekat dahi.
Atau buat wallpaper bilik besar besar.
Atau buat kat billboard sepanjang jalan pergi kerja.
Sungguh, memang menguji sebenarnya fasa peralihan ni.
Seteruk dan sesusah mana pun zaman belajar, sebenarnya ia masih masa 'berbulan madu' dalam dakwah.
Anggaplah zaman student tu, sebagai satu tapak latihan. Tapak untuk kita bertatih. Lapang sasar untuk kita cuba membidik satu cita cita. Dan atas tarbiyah yang kita dapat semasa di kampus itu, semua akan teruji di zaman kehidupan sebenar. Zaman yang dakwah tarbiyahnya tidak selalu disertakan dengan tawa riang dan senda gurau ikhwah, jalan jalan beriadah bersama, bahkan menumpang tidur di peha akh ketika beliau sedang membaca Al Quran sekalipun.
Semakin lama kita meniti titian ini, semakin perlu kita lebih serius dalam berkerja. Terutama bila cakupan dakwah kita semakin besar. Dahulunya dakwah kampus, kita kita menjaga daerah. Bahkan negeri hingga negara.
Kerana sifat dakwah yang lebih serius itulah mungkin ramai yang futur dan gagal untuk terus bersama gerabak ini.
Bercakap soal ketabahan, saya bukanlah seorang yang tabah dalam perjuangan. Semangat selalu turun naik. Rasa cepat malas. Cepat lemah, selalu melatah. Itu sifat saya.
Dan bila kejutan fasa peralihan ini berlaku terlalu cepat, akhirnya tak mampu nak kata apa apa.
Takut jadi robot dakwah. Buat kerja tanpa perasaan. haih. Minta jauh.
Cuba mencari masa. Mahu menangis tapi mata terlalu kering. Mungkin hatiku yang kemarau dengan cinta.
Jika benar begitu Ya Allah, maka berikan aku hati yang baru.
Terus kerja.
No comments:
Post a Comment