Di jalan cinta ini,
Semakin lama melangkah,
semakin jasad kita terperah.
Payah.
Sering terasa mahu rebah.
Saya telah melalui zaman belajar
dan kini di fasa muqaddimah kehidupan berkerjaya dan berumah tangga.
Pengalaman saya,
Tarbiyah itu sangat sangat manis ketika di zaman siswa.
Namun boleh diibaratkan, tarbiyah fasa siswa itu hanyalah,
tidak lebih dari satu persediaan.
Yang lebih manis sebenarnya, adalah ketika zaman berkerja.
Ini lapangan yang sebenar.
Tarbiyah di fasa ini lebih menuntut pengorbanan.
Tiada keberhasilan dalam dakwah jika tidak biasa berlapar, tidak biasa bersengkang mata, tidak biasa berkejaran melata.
Hidup kini bukan lagi boleh selalu diisi dengan gelak tawa ukhuwah bersama ikhwah,
atau mengisi luang masa dengan bercipiki cipika hehe.
Di waktu ini, semakin banyak kita berkorban,
semakin kita rasa betapa perlunya kita akan tarbiyah.
Dan ada kalanya kita perlu menoleh kebelakang,
Melihat kembali siapa diri kita setahun lalu.
Dua tahun lalu.
Tiga tahun lalu.
Ketika hidayah masih belum menyapa. Bagaimana gelapnya hidup kita.
Maka kita tahu di hujung jalan ini,
akan ada cahaya.
Adhwa'.
3 comments:
Everyone has a past and they change it. But not everyone has a past that they change it to better.
Zaman gelak ketawa sudah berlalu.
Kini masanya untuk terus mendaki dan terus mendaki. :)
"zaman gelak ketawa sudah berlalu.."
T_T.
hard fact indeed.
Post a Comment