Sunday, January 13

Rabiah.



"Jika benar daku beramal kerana ingin menggapai Syurga-Mu yang abadi,ku rela diriku dicampakkan ke dalam NerakaMu"

Doa Rabi'atul Adawiyah.



Pertama kali saya terbaca tentang doa ini, saya terketar. Adakah ini doa seorang manusia?

Demi Allah saya takkan mampu melafazkan doa sebegini! 

Bagi kita manusia biasa, syurga itu satu motivasi. Satu destinasi kembali. Gambaran dan harapan tentang jannah dalam Al Quran tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita mendambakannya. Dan kerap sekali syurga jadi sandaran kita dalam beramal.

"Ganjaran di dunia sedikit sahaja. Pulangannya di jannah sana"

"Berehat tanda kelalaian daie. Rehat sebenar tika berada di syurga".

Namun inilah amalnya para wali. Kita tidak akan mampu beramal (berdoa) sebegini, kerana amal sebegini hebat perlukan iman seteguh para sahabat.


Kita hina.



No comments: