Sunday, January 13

Tabligh


Alhamdulillah, seminggu yang bermakna.
Menghabiskan masa berharga bersama saudara saudara seakidah, jemaah tabligh.

Walaupun sepanjang safar saya ini, saya ditawarkan pelbagai tempat penginapan dari ikhwah, saudara juga sahabat, namun jujurnya saya lebih suka mengambil peluang bersama sama jemaah tabligh ini. Inilah masanya berkenal kenalan dengan manhaj dakwah mereka.

Selama ini, saya hanya kenal tabligh melalui cerita cerita sahaja. Bukan khabar di depan mata.

Bila bersama, barulah kita dapat mengenali sendiri siapa sebenarnya mereka, apa yang mereka usahakan, apa yang mereka perjuangkan.

Mungkin tariq amalnya berbeza, namun kita berkongsi Ilah yang sama. Itu cukup lebih dari segala galanya.

Gash bersama, bayan bersama, ziarah ziarah usuli, takhili dan sebagainya. Satu insight baru buat budak usrah seperti saya!

Tak hairanlah seorang ustaz penggerak usrah pernah berkata,

"Jemaah Tabligh dekat di hati ana. Ana cintakan tabligh, lebih dari jemaah tabligh itu sendiri".

------
Meraikan perbezaan. Sebarkan seruan bukan hukuman. :)


No comments: