Sunday, January 25

Yang memilih.



"Dah buat keputusan? Pilih siapa?", saya bertanya.

"Tak tau.."

"Pilih yang tahu apa dia nak buat dalam hidup ni. Yang hidupnya tersusun..", balas saya.




Seorang abang perlu mengerti, bahawa adik perempuannya bukan Maryam.

Mengasingkan diri dari keluarga untuk beribadah, malah tabah berpisah dengan keluarga walaupun di saat saat akhir ingin melahirkan Isa yang mulia.

Seorang abang perlu ada menemani adiknya dalam berbuat keputusan yang besar dalam hidup.

Yang paling perlu seorang abang mengerti, bahawa adiknya bukan Maryam.

Akhirnya, adik perempuannya akan diserahkan kepada lelaki yang datang menyunting, menyerahkan hidupnya untuk dikemudi oleh orang yang asing.







"Apa apa nanti, cakap ya? Buat keputusan betul betul..", saya memberi nasihat akhir.

Saya peluk tubuhnya. Kucup dahinya.

Moga Allah pelihara.




No comments: