Thursday, January 16

Yang teruji



"Allah melihat ke dalam hati para hambanya.

Dan di dapatiNya hati Muhammad paling putih. Maka Allah memilihnya menjadi nabi dan membawa risalah penutupNya.

Lalu Allah melihat lagi ke dalam hati para hambaNya, maka didapatiNya hati sahabat sahabat Muhammad adalah yang paling jernih.

Maka Dia pun menjadikan mereka sahabat yang mendukung dan menolongnya dalam menegakkan risalah,"

kata Abdullah Ibnu Mas'ud, RA.


Yang teruji,

Terkadang aku lihat kau berlari lari dengan sekeping hati.
Terjengah jengah dengan senyum yang cuba kau gagah.

Aku tahu kau tidak punya apa apa.

Kau bukan berharta. Kau tidak ada paras rupa. Kau tidak ada nama. Kerja kerjamu tidak menjadi cerita berita.

Tapi, yang teruji,
aku tahu kau punya sekeping hati.

Cebisan itu yang tergilap dengan air mata saban malam.
Terisi dengan cinta tiap kali kau menatap mereka yang kau sayang.
Melimpah dengan cita dan harapan agar kau jadi sebaik hamba tuhan.


Terus, yang teruji,

Kau gigihi tampung jahit hatimu.

Kerana hati itu yang bakal kau persembahkan.




Yang teruji.

Itu sahaja cukup indah.

Namamu adalah erti kehidupan.
Namamu adalah bukti iman.


Sebulan lagi. 

Dan tunggu dengan sabar.


















No comments: