Hari ini kita hidup, bersama makna makna indah.
Bahawa,
Jika kita cinta,
Hanyutkan kecintaan mu itu di sungai. Biar dia hanyut dalam jagaan Allah.
Bahawa,
Jika kita cinta,
Letakkan pisau tajam di batang lehernya. Kerana perintah Allah itu tidak selalu sama dengan fikir kita.
Bahawa,
Jika kita cinta,
Tinggalkan mereka tanpa air dan makanan, di tengah padang pasir.
Agar kita sedari bahawa cinta kerana Allah itu tidak semestinya bersama.
Kadang kala ia bermakna melepaskan segala.
No comments:
Post a Comment