Monday, April 15

Saya tak makan lunch selalunya.


Hidup sebagai orang bekerja ni memang bz ha ah.
Well, memang macam tu hakikatnya orang yang makan gaji kan.

Limited, constricted dan susah nak bergerak bebas macam zaman study dulu dulu.

Kerja pukul 9 pagi, sampai pukul 6 petang.
Dan kerana kita pegang amanah atas kerja ini, jadi tempoh bekerja memang tidak dibenarkan untuk buat perkara yang lain
macam baca buku dakwah tarbiyah ke, mengaji panjang panjang ke, tengok video lama lama ke.
mudahnye, memang hal kerja ye yang patut kita buat sepanjang siang tu.

Balik kerja, pukul 6.30 sampai rumah. Itulah masa nak urus diri, siap siap, kemas rumah,  basuh baju, sapu halaman,
masak makan malam dan sebagainya.

Lepas solat maghrib dan isyak, kalau tak ada apa apa usrah, ceramah, meeting, ziarah atau apa apa agenda, mungkin boleh tidur awal
sikit dan bangun awal.

Beginilah secara ringkasnya, gambaran hidup seorang engineer bujang sekaligus budak usrah mengisi hari hari minggunya.

Dan mungkin kita boleh tanya, kat mana nak selit masa masa buat kerja untuk tarbiyah, preparation bahan untuk usrah,
preparation bahan untuk bagi daurah kalau ada request untuk jadi muajjih, baca buku buku fikrah dan tafsir, dan sebagainya.

Secara spesifiknya, saya takkan rasa ada masa yang sesuai.

Kalau dulu, waktu jadi student, mungkin kelas pun ada senggangnya. Boleh buat macam macam. Tapi waktu berkerja tidak ada.
Kalau kita dibayar untuk berkerja selama 8 jam, maka 8 jam itu kita dedikasikan hanya untuk pekerjaan.

Saki baki masa dirumah itulah yang kita optimakan untuk isi semua keperluan yang mendesak itu tadi.

Untuk capai matlamat itu, kita memang kena isytihar perang dengan jahiliyah.
Tak ada movie, tak ada games, tak ada Fesbuk lelame, tak ada idle termenung kosong etc etc. Blog mungkin boleh sikit hehe.

Tapi begitulah, ramai orang yang gugur setelah bekerja adalah kerana dia tak mampu nak buang kecintaannya terhadap jahiliyah ni.
Kalau semestinya akan isi masa dengan sesuatu.
Kalau bukan benda itu bermanfaat, pasti benda lagha yang akan isinya. Pasti.

Plus,
semakin banyak amanah yang kita dapat, semakin luas medan amal kita, semakin perlu kita berkorban dan melepaskan apa yang kita cinta.
Makan sudah perlu berkira kira. Jangan terlalu sedap, dakwah lebih memerlukan wang kamu. Jangan kenyang selalu, sebab nanti mata berat badan rasa malas.
Tidur kena sikit, guna waktu malam itu untuk ambil bekalan ruhiyyah. Baca tafsir, hafaz quran, habiskan buku mingguan, dan sebagainya.

Lama lama, kita akan sedar betapa tarbiyah ini mengeluarkan potensi manusia dengan sebanyak banyaknya.

Kalau di tempat kerja, seharusnya orang yang ditarbiyahlah paling menyerlah. Betul. Sepatutnya.
kalau bermasyarakat, orang ditarbiyahlah patut paling selalu disebut sebut namanya kerana sopannya dia bersama sesama.

ok. Waktu lunch nak habis. hehe.

Bijak pandai dulu memetaforakan masa dengan berbagai bagai pesona,
dengan tujuan menggambarkan betapa berharganya masa manusia.
Tapi seorang pemikir Islam, Hassan Al Banna, bawa perumpamaan itu ke satu tahap lagi.

Kata beliau,

"Masa itu adalah kehidupan."

Betul, bukan?
Masa itu sendiri adalah kehidupan.

Isi masa dengan benda lagha sama sahaja dengan melaghakan seluruh hidup kita.

Ok istighfar.
Terus berkerja yosh!

Kbai salam.