Friday, April 5

Bukan sekadar tubuh.


Sedih lah. Baca pasal  "Pejuang hak kebebasan wanita'. Hingga di Tunisia sekarang, ada fenomena 'Topless Jihad'. Tak perlu google lah.

Dulu, 
wanita dipandang sekadar sebatang tubuh
bersama daging daging yang mengghairahkan lelaki.

Islam datang, dan membebaskan wanita dari semua ini.
Mengangkat mereka menjadi mulia, seperti selayaknya.

Hingga, syurga seorang lelaki sepertiku juga berada dibawah kaki seorang wanita.

Tapi kau kata, hijab dan pakaian ini memenjara wanita?
Kau kata pakaian sekadar tatatertib bermasyarakat?

Selak Quran. Cari cari. Jumpa jawapan.




Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"

Al A'raf : 27


Di sini, hanya ada Adam dan Hawa. Tiada manusia selainnya. Tiada masyarakat atau apa apa.

Dan mereka berdua berpasangan. Pasangan yang layak bermesra. Pasangan yang kelak menghasilkan zuriat, menghasilkan kita.

Namun Allah bekali rasa itu,
rasa malu.

Rasa malu itu sudah tersedia ketika terjadinya manusia.
Itu bekalan fitrah kita.

Dan menentang rasa malu untuk mempertayangkan tubuh adalah satu kebodohan jadinya,
kembali menjadi banduan kepada perhambaan nafsu nafsu jantan.

Aku harap kau merdeka.


No comments: