Sunday, January 13

Kisah cinta.


Ada seorang akh, senior saya ketika di universiti.

Beliau ada satu ciri yang amat menarik. Hobi beliau ada belajar. Cinta beliau adalah belajar.

Waktu lapang beliau akan diisi dengan belajar perkara yang baru. Program komputer, teori teori, latihan latihan walaupun bukan dalam bidang yang beliau pelajari.

Pada saya, mungkin belajar itu adalah cinta hatinya. Dan cinta itu buatkan beliau berjaya.

Ketika rakan sebaya sedang berjuang untuk menamatkan ijazah, beliau yang berumur 23 tahun sedang mengambil Phd di University Cambridge bersama ikhwah di sana.

Sahabat,

Cinta itu menguatkan, walau tidak zahir di mata.

Ramai orang boleh belajar, tekun dan cemerlang, namun siapa yang mampu mencintai ilmu tanpa ada apa apa harapan disebaliknya?

Ramai orang yang berdakwah, namun kebanyakkannya mengharapkan ganjaran ganjaran yang terhidang di syurga.

Kita akan lihat satu dakwah itu berhasil, jika ia terisi cinta. Biiznillah.


No comments: