Sunday, January 13

Post selepas balik shopping.


Saya, bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Hanya sederhana. Malah, mungkin lebih sederhana dari sederhana.

Dengan keadaan hidup sebegini, mak saya sentiasa memperingatkan saya supaya jimat jimat berbelanja.

Teringat ketika zaman persekolahan,

Di saat rakan rakan saya bermegah dengan baju baju baru setiap kali awal persekolahan,

saya seperti biasa hanya memakai baju lama. Itu pun, belian di kedai lambak (bundle).

Kadang kadang hati memberontak, yelah, anak remaja seumur saya ketika itu pasti ada rasa ingin bergaya. Seperti anda juga kan hehe.

Tapi mak, dengan sabar akan berpesan,

"Baju ini fungsinya melindungi tubuh, menutup aurat. Pakailah pakaian yang sederhana, janji cukup syarat.

Jenama itu kemahuan nafsu.

Orang rasa jenama mahal itu tahan lama. Tahan lama atau tidak, itu bergantung pada berkatnya pakaian kita.."

Hari ini, walaupun sudah bergaji sendiri, saya masih berpegang dengan kata kata itu.

Walaupun kadang kadang shoping galak juga hehe.

Masih tak segan memakai baju murah, sekalipun yang terpakai.





Moga tidak zalim kepada nikmat nikmat pakaian kita lagi :)



No comments: