Saturday, November 30

Detik minyak hitam dan cinta.


Kuliah kehidupan;

Petang itu, saya singgah sebentar di bengkel berhampiran pejabat. Mahu tukar minyak hitam motorsikal.
Seperti biasa, ada dua orang mekanik yang menyambut mesra kedatangan saya.

"Nak tukar minyak hitam ya? Macam biasa.."

Dan dia terus mencapai sepanar, terus memenuhi permintaan.

Siap menukar minyak, dia tidak berhenti di situ sahaja. Dia mengetuk ngetuk rantai motorsikal, cuba menegangkannya. Diletaknya minyak di rantai motorsikal. Diisinya angin di kedua dua belah tayar.

Saya melihat gelagat mekanik tadi sambil senyum sahaja. Senang hati.

"Berapa?",
saya bertanya sambil mengeluarkan duit.

"Rm12 je. Duit minyak je..",
jawab beliau selamba.

----


Mekanik itu,
Minyak hitam yang dia tukar dan isikan berhasil perolehkan dia RM12.


Tapi semua kerja kerja tambahan, dia buat tanpa dipinta dan tanpa bayaran berhasil perolehkan dia pelanggan yang jatuh cinta dengan budinya.


Eh awak daie, kena pandai marketing!

No comments: