Saturday, November 30

"Dia dan saya.."


Tadi cadang nak iftar seorang diri.
Tiba tiba terpandang seorang lelaki ni makan seorang diri juga.

Entah kenapa tergerak nak tegur,

"Abang, mari makan sekali bang?"

Dia senyum. Setuju.

Kami berdua order makanan yang sama;
Roti kosong garing dua.

Sementara menunggu,
Kami berbual bual berkenalan. Rupanya umur sama. Dia kerja di atas Az Zahra', saya kerja di atas An Nur. Entah kenapa macam serasi sangat. Semacam sudah bertahun kenal. Seolah kawan akrab.

Berkongsi latar belakang. Hingga berkongsi masalah peribadi.

Bila saya mula menggunakan terma terma seperti 'tarbiyyah', dia juga semakin rancak menggunakan terma yang sama.

Akhirnya kami fahami bahawa kami berkongsi pemikiran yang serupa.

Kamu tahu,
Aku mula memahami bahawa ruh ruh ini tertarik antaranya.

Kita mungkin tidak pernah kenal, tapi kita tenang bila bersua, selesa juga mudah mesra.

How wonderful.

Akhirnya kami bertukar tukar nombor telefon.

Oh ya!

Saya Ikram, dan dia Isma.



No comments: