Tuesday, August 6

Bersama.


Dalam dakwah,kebersamaan adalah penting tahu?

Kebersamaan itu menguatkan bicara;
kebersamaan itu membantu kita melapangkan dada;
kebersamaan itu mengutuh tujuan;
kebersamaan itu meringan bebanan.







"Maka pergilah kamu kepada Firaun dan katakan
'Sesungguhnya kami ini seorang rasul Tuhan sekalian alam..'"

As Shu'ara : 16.





Ini nilai kebersamaan di sisi tuhan. Tutur bicara yang kalimahnya disusun dari langit.

Harun dan Musa itu berdua, namun gandingan dakwah mereka dan kebersamaannya nyata buat mereka seakan satu susuk penyeru.

Bagaimana hebat skripsi Tuhan.
Lidah yang melafaz akan teguh, telinga yang mendengar akan ketar.



"KAMI ini SEORANG rasul."


Asal kita bawa risalah yang sama, kita diutus oleh tuhan yang sama, itu sudah memakna erti bahawa seruan kita serupa.

Kerna komponen dakwah kita tidak begitu terurus jika hanya berdiri atas kapasiti peribadi;

Umpama limitasi Musa - lidah kelu, tutur tidak lancar, atau silap lama yang menghantui diri sentiasa tersandar.

Hadirnya Harun, insan yang mulia kerana harapan dan permintaan seorang saudaranya;
saling melengkapi, saling meyakini.







Aku tidak terlampau dengan pendirianku,
bahawa kebersamaanlah nafas kepada dakwah.



No comments: