Monday, March 4

Selendang Allah.


Satu hari nanti kan, di hari perhitungan,
boleh jadi di hari itu ada orang rasa sangat sangat kerugian.

Lihat ada anak muda menangis teresak esak.
Lihat ada lelaki berjubah berserban menangis teresak esak.
Lihat ada wanita bertudung labuh berniqab menangis teresak esak.

Rupanya, di dunia mereka banyak beramal.

Namun semua amal itu tersia. Sebab apa?
Kerana mereka sangat gemar menyebutnya.

Bagi ceramah bagi talk, cerita di Facebook. Tolong anak yatim tolong orang orang tua, update di blog. Sedekah sikit, cerita nya dijual jual merata.

Memang bagus untuk cerita atas tujuan qudwah. Tapi, sempadan kebaikan dan ujub ini terlalu nipis sahabat, terlalu sedikit.

Istighfar. Moga terbakar ujub riak dan takabur.

Takabur itu selendang Allah. Mohon biar ia kekal begitu.

No comments: