Sunday, March 10

Berat.






Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

An Nisa' : 97.



"Kami orang yang tertindas.."




Ucapan itu adalah alasan. Ia mewakili mereka yang sering mencipta alasan.
Lemah. Dhaif.

Entah berapa kali juga aku gunakan kata yang sama untuk mengecualikan diri dari sesuatu.
Walau kadang kala aku tahu sesuatu itu amat penting, ada urgensi yang tinggi dalam awlawiyatnya.
Seolah olah jiwa tidak mahu mengakui yang jalan dakwah itu payah.
Seolah olah jiwa hanya terbuka untuk indahnya gelak tawa dan berukhuwah.
Dan alasan alasan yang aku cipta itu tidak menambah apa apa kecuali bebanan yang mengikat kaki.

Sangat menyedihkan kan?


Banyak terhutang budi dengan ikhwah.
Kalau bukan kerana mereka, mungkin aku sudah lama futur dahulu.


"Ana berat sebenarnya nak buat benda ni. Master ana sekarang ada masalah. Setakat ni tak ada seorang pun ikhwah yang dapat master melalui research di UPM. Tapi kalau bukan kita, pasti ada orang lain yang tanggung beban ni. Tengok pakcik pakcik tu, mereka sudah lama berkerja, berkeluarga, beban lebih banyak. Kalau bukan anak muda yang ringankan beban mereka, siapa lagi?"


Kata seorang akh memujukku.
Sebelumnya aku cuba memberi bara semangat kepadanya untuk terus usaha.
Akhirnya dia pula yang membakar jiwaku dengan kata katanya.


Ada masa dakwah ini kekurangan tenaga, dan para pendokongnya terpaksa mengenepikan kepentingan diri sendiri untuk meletakkan dakwah dahulu dihadapan cita cita.
Pasti, menampung kekurangan sebegini tidak mudah.
Perlukan mujahadah yang berganda.
Disini para daie akan teruji dan tertapis dengan sendiri, siapa yang benar perjuangannya, siapa yang semangatnya berkala.

Antara mereka yang lidahnya sering berucap kebenaran,
bahawa asbab dakwah ini kerana cintaNya.
maka mereka akan terus melangkah di jalan ini, selagi asbab itu masih kekal ada.

Antara mereka yang menyeru dengan asbab selainnya.
Menafikan bayaran mahal untuk ke syurga,
Maka kau akan lihat mereka gugur satu per satu hilang tanpa berita.

Itu, musibah yang sangat besar.
Lebih besar dari musibah peperangan. Lebih dasyat dari segala bencana.
Ketinggalan dalam gerabak dakwah ini lebih merugikan
lebih dari segala galanya.

Mencipta alasan memang mudah.
Satu benda yang tak perlu latihan, macamnye lahir lahir dah boleh bagi alasan.
Budak sekolah juga mampu bagi alasan kau tahu?

"Mat kenapa tak siap kerja sekolah?"

"Saya dah siapkan tapi ada anjing makan kerja sekolah saya cikgu.."

Ok mungkin pelik sikit contohnya, namun itulah.
Manusia yang tidak punya tekad dan kemahuan,
boleh mencipta berbagai alasan untuk mencipta satu jalan keselesaan,
memperindah satu kefuturan.

Dan akhirnya futur yang indah kelihatan itu yang kita jadikan 'teman'.

Merenung panjang.

Syurga terlalu indah untuk aku berkata tidak.
Maka berjalanlah, biar perlahan.

Kadang kadang,
Kita perlu paksakan kaki untuk melangkah tanpa banyak berkira kira.

Berangkatlah,
Walau kau lihat langit tidak cerah.
Walau dihatimu terbitnya gundah.

Kerana kau sebenarnya tahu,
Allah menjamin setiap langkahmu.




Allah hafiz,
Adwa' al Muhandis.






No comments: