Friday, March 1

Dupdap





Meniti titian itu bukan mudah.

Titian para daie,
jejaknya taqwa lebih sempit,
susunan langkah lebih sulit.

Terkadang, kau terkait duri tajam
yang jadi hamparan jalan

Bolen dagingmu,
Berdarah. Berair mata.

Terkadang, kau terjejak jerangkap rambang
yang menanti mangsa malang

Tersembam kamu.
Rebah. Mahu bangun tapi kau lemah.


Namun kau sedar namamu terpanggil.

Di hujung jalan, kau tahu kau kan punya teman.

Lantas
kau meniti lagi,

kali ini dengan senyuman.




No comments: