Tuesday, March 26

Engkau sedang berlebihan.


Malam itu sejuk.
Kau rasakan kedinginan itu bagai menyucuk nyucuk sendimu.
Lenganmu kau urut laju laju.
Fikirmu, masih terlalu awal untuk bangun.
Sejuk ini melemahkan,
namun pantas kau bangun juga untuk mengadap tuhan.

Kau sarungkan jubah kegemaranmu,
Dan di situ kau beriman.
Mencurahkan semua tangisan duka, air mata lelah yang kau simpan.

Malam itu damai. Tenang sekali.
Kau rasakan dirimu lebih dekat dengan Allah,
bukan seperti kebiasaan.
Air mata lebih laju tertumpah, dan pipimu juga merasakan hangatnya air mata kerana cinta.
Sujudmu lebih lama membatu, dan dahimu terlalu rindu untuk sujud kepada Allah azza wajalla.

Dan gelora hati ini kau zahirkannya dengan amal.
Kau isi malam itu dengan solat solat berbicara dengan tuhanmu.
Kau selangi dengan membaca surah surah yang kau tahu.
Kau berjeda sekali dua dengan menyelak buku buku.

Debaran ini cukup mendebarkan. Saat ini sangat mengujakan.
Kau rasa ia sangat menyubur iman.

Lantas, malam itu kau kepenatan.
Kepenatan dalam mengatakan cinta kepada tuhan.

Dan kau kembali
Sedikit demi sedikit, kembali mendapatkan selimutmu.
Terus diselimut juga angin beku.

"Aku mahu rehat sebentar", bisik hatimu.

Kau niatkan sebegitu.
Maka perlahan lahan matamu terpejam.
Akal sedarmu mengembara dalam ruang rehat, semakin lama semakin dalam.

Hingga akhirnya kau tersedar.
Kerana cahaya mentari hangat membakar mukamu,
Dari celahan tingkap juga pintu.

"Ya Rabbi! Subuhku!"

Kau sesali,
Bagaimana dengan imanmu yang cukup bergelora tadi,
Akhirnya kau terlanjur begini?
Membuka mata hanya setelah tersapa cahaya dhuha.

Mungkin kau tak sedar,
bahawa kau berlebihan dalam bercinta.

Beramallah sekadarnya akhi,

Biar berdikit dikit asal kau tidak sakit.
Biar nanti kau teruskan lagi, janji kau tidak merugi.




Yang juga memandu diri sendiri,

Adwa'.





No comments: