Tuesday, March 26

Hatiku tiada getaran cinta!


Banyak cara yang aku cuba.
Banyak kaedah yang telah aku uji.

Tapi untuk yang ini,
masih hanya berakhir dengan kebuntuan.

Mengapa,
Hatiku tidak merasa apa apa mengenai nikmat syurga?
Walaupun ia firman Tuhan Yang Esa?
Walaupun ia perkhabaran dari baginda?

Penatnya.
Bermacam cara dah tiliki.
Namun hatiku tetap begini.
Mungkin hatiku sudah mati?

Sejumlah firman tuhanku,
adalah gambaran syurga itu.
Keindahannya. Tenangnya. Nikmat yang tak mampu dikata.

Namun kenapa nikmat itu tidak menggodaku?
Buah buahan? Sungai madu?

"Bukankah ini semua ada di dunia?"

Aku tidak bertanya apa alasannya.
Aku hanya mahu tahu kenapa hati tidak rindu?

Mahu rasa getaran itu.
Umpama perantau merindukan kampung halaman,
malah indahnya lebih beribu ribu!

Aku mahu.

Mengapa Ya Allah.

Aku mahu rasa sempitnya dunia.
Lantas mungkin disana kutemui kelapangan syurga.
Gembira bersama seisinya.

Aku mahu belajar mencintai syurga.
Yang selama ini masih tak dapat aku rasa.


Yang keliru,

Adwa'.





No comments: