Bermuhasabah sebelum tidur.
Sungguh, aku keletihan.
Namun ada keperluan yang seperti sedia aku lazimi,
maka aku tunaikan.
maka aku tunaikan.
Malam ini bertanya pada diri.
"Apakah yang engkau tahu tentang syurga?"
Puas aku menulis. Cuba mengingat nikmat nikmat yang bakal tersedia.
Puas aku menulis. Cuba mengingat nikmat nikmat yang bakal tersedia.
Ternyata yang dapat aku nyatakan
hanya ada seberapa.
hanya ada seberapa.
Di syurga ada sungai sungai indah.
Minumannya tasnim, kafur dan salsabila.
Mahligai dan istananya dari emas dan mutiara.
8 pintunya terbuka lebar buat mereka yang membayar maharnya,
laksana Ar Rayyan yang hanya untuk mereka yang berpuasa.
Pohon pohonnya dari emas, rantingnya landai, buahnya rendah berjuntai.
Pohon pohonnya dari emas, rantingnya landai, buahnya rendah berjuntai.
Sekali ditiup angin, pohon itu akan menghiburkan dengan segala hiburan yang pernah ada di dunia.
Makanannya tidak pernah tiada.
Terlintas di fikiran, lantas ternyata di mata.
Penghuninya pasti segak, mulus, bercelak.
Pakaiannya kemas, sentiasa segak.
Bidadarinya cantik jelita, putih bersih, menanti penuh debaran
di bawah naungan besar mereka tundukkan pandangan.
di bawah naungan besar mereka tundukkan pandangan.
Kesibukkan penghuni syurga hanyalah berintiman dengan pendampingnya.
Wanginya syurga itu dua;
Wangi untuk semua yang punya indera,
Dan satu wangian khusus untuk para syuhada',
yang baunya sedia dinikmati walau di dunia.
********
Tidak banyak sebenarnya yang mampu aku ingati tentang syurga.
Mungkin salah rindu yang jarang bertandang
atau sahaja cita citanya yang kurang.
"Lemahnya amal kerana lemahnya cita cita", kata seorang akh.
Lemahnya cita kita terhadap syurga.
Kalaulah,
Kalaulah keindahan sebegini besar masih kita lupa,
Masihkah ingin bertanya, mengapa di hati kita masih ada dunia yang bertakhta?
No comments:
Post a Comment