Sunday, January 20

Cerita perasan.



Satu hari
ketika sedang beratur untuk melalui kawasan pengimbas sebelum masuk ke workfloor,
macam biasa kena beratur dan ambil giliran.

Kebetulan hari itu
Saya sampai lewat. Hujan lebat pula paginya.

Ketika melalui kawasan pengimbas,

Makcik guard : Adik, ada orang kirim salam? Dia nak kenal.

Saya : Err.

Makcik guard : Dia kata hari hari kerja dekat dengan adik.

Saya : Err. Kirim salam lagi saya kasi warning letter (muka garang)

Makcik guard india terus senyap tak cakap apa apa.


Padahal dalam hati memang dupdapdupdap sape la yang wat benda gini. Malu gila dengan makcik india tu wahaha.


****

Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Mohon dielakkan perkenalan sebegini.  Hanya menambah ujian pada hati.

Asasnya sahaja sudah terdedah retak.


Allah memerhati.


No comments: