Tuesday, January 22

Dia rahmat dari tuhan.


Aku bisa bayangkan,
Mentari menyinar tanpa diganti bulan, langit menangis tanpa hadirnya awan.


Aku bisa bayangkan,
Panasnya salji seakan bara, dinginnya api tiada tara.


Ya, aku bisa bayangkan.


Namun,
Untuk seluruh alam,
hidup tanpa rahmat Tuhan,

Itu sebesar besar kecelakaan.


Untuk seluruh makhluk,
hidup dalam murka tanpa cinta,

Itu sebenar benar kedukaan.



Maka kerana itu,

Kami merinduimu.


"Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) 
melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”

                                                            Al Anbiya' : 107. 


Terbayangkah kita, alam ini tanpa rahmat dari Si Pencipta?






Bertanya Ubai Bin Kaab RA kepada Rasulullah,

"Wahai Rasulullah, aku ingin selalu berselawat kepadamu. Daripada masaku berdoa dan berzikir, sebanyak mana masa untuk aku berselawat kepadamu?"

"Sebanyak mana yang hatimu inginkan", jawab baginda.


Ubai bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah, jika satu perempat?"

"Sebanyak mana yang kamu inginkan. Jika kamu menambah, ia lebih baik untuk kamu.." jawab baginda.



Ubai bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah, jika separuh?"

"Sebanyak mana yang kamu inginkan. Jika kamu menambah, ia lebih baik untuk kamu.." jawab baginda, sama.




Ubai bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah, jika dua pertiga?"

"Sebanyak mana yang kamu inginkan. Jika kamu menambah, ia lebih baik untuk kamu.." jawab baginda, sama sekali lagi.


"Jika demikian, akan aku jadikan seluruh masaku untuk berselawat keatasmu.." kata Ubai.

"Maka jika engkau lakukan sedemikian, nescaya Allah menghapuskan segala kerisauanmu dan mengampunkan segala dosamu.." jawab baginda.




No comments: