Sunday, January 13

Cyrano.





Cyrano de Bergerac.

Satu pementasan teater romantik Perancis karya Edmond Rostand, pada tahun 1897.

Ia mengisahkan tentang Cyrano, seorang lelaki yang tidak sekacak mana, yang memendam perasaan cinta terhadap sepupunya yang cantik, Roxane. Walaupun tidak kacak, namun Cyrano ada satu bakat istimewa, iaitu kata katanya yang puitis dan kebolehannya menulis surat. 

Namun Cyrano membuat keputusan untuk menggunakan bakat menulis surat beliau untuk orang lain, Christian, untuk mengambil cinta Roxane. Akhirnya Roxane jatuh cinta dengan ayat ayat cinta 'Christian' tanpa mengetahui Cyranolah penulis yang sebenar.

Di saat saat akhir hayat beliau, Cyrano meminta izin untuk membaca surat 'Christian' kepada Roxane, sebagai satu luahan ikhlas berselindungkan identiti orang lain.

Cerita yang sangat menarik. Sangat signifikan.

Begitu sekali sukarnya meraih cinta manusia. Mujur cinta Allah itu sangat mengalu alukan pendambanya.

Aku lihat duat itu sendiri seperti Cyrano.

Kita menolong orang lain mendapatkan cinta hakiki mereka yang mereka sekian lama sudah melupakannya.

Kitalah Cyrano yang meluahkan segala keindahan Islam buatkan manusia kembali mendambakan kehidupan beragama.


Bezanya kita Cyrano yang tidak perlu berdusta.

Saya sangat terkesan dengan kisah ini. 

Moga tulisan saya juga menitip cinta antara hamba dan Pencipta.


No comments: