Sunday, January 13

Cerita tiga tahun dahulu.


Tiga tahun dahulu, ketika sedang berbaring mendengar radio Ikim, saya dikejutkan dengan satu komen dari pendengar yang dihantar kepada juruhebah. Kata beliau,

"Orang yang suka membaca buku motivasi (psikologi misalnya) boleh menghadapi satu masalah, iaitu mereka akan mengharapkan manusia sekeliling mereka ideal seperti dalam teori teori buku yang mereka baca".

Saya masih ingat komen ini, kerana pada saya ia sangat benar!

Menjadi perfectionist tidak salah, cuma yang salah adalah apabila sentiasa mendominasi keadaan dan dalam menentukan satu perkara, padahal semua itu berlainan pada setiap individu.

Mana ada skema dalam muamalat. Hubungan sesama manusia bukan soalan addmath yang hanya ada satu jawapan tepat.


No comments: