Pernah satu ketika, saya berasa sangat rendah (down) dengan kehidupan saya. Saya rasa sayalah orang yang paling teruk diuji, kononnya.
Hingga usrah malam itu.
Seorang akh bagitahu, ayahnya sedang sakit. Strok. Beliau terpaksa mencari kerja sambil menjaga ayahnya.
Seorang akh yang lain bagitahu, beliau terpaksa mencari kerja secepat mungkin. Ibu beliau menghidapi kanser payudara peringkat terakhir dan rawatannya sangat sangat memerlukan belanja.
Akh yang lain pula menceritakan, beliau telah digigit ular ketika mukhayyam kali. Mujur beliau tidak apa apa dan sejahtera.
Dan begitulah saya tersedar, bagaimana kesatuan itu meringankan beban.
Sekurang kurangnya, 'kebersamaan' dalam hidup berusrah ini menegur kita bahawa apa yang kita alami, bukanlah apa apa. Tidak layak walau menjadi asbab bermasam muka.
Allah menaburkan ujian buat hambanya bersesuaian dengan tahapan iman.
Bila bersama dengan ikhwah yang diuji dengan sebegitu hebat, manakala diri sendiri melatah walau ujian tidak berat,
Sedar bahawa diri ini bukan siapa siapa.
No comments:
Post a Comment