Moga walau reda arusnya di dunia maya, namun kita sentiasa titipkan doa buat mereka.
Kepedulian yang kita sebarkan, walau di Facebook, sebenarnya sangat sangat penting untuk buka mata dunia.
Seperti dalam surah Al Maun ayat 3,
kewajipan kita BUKANLAH semata mata dengan membantu menyediakan keperluan asas (kiasan dari perbuatan memberi makan) orang orang yang memerlukan, namun kita WAJIB MENGGALAKKAN orang menolong sama.
Kesedaran, walau melalui tulisan, adalah penting dalam perjuangan ini.
Teringat kata kata Mark Zuckerberg,
"Seekor tupai yang mati di halaman rumah seseorang mungkin lebih menarik minat beliau (untuk dikongsi di Facebook) dari jutaan orang yang mati kerana perang di dunia".
----
Menyebarkan kepedulian ummah adalah wajib.
No comments:
Post a Comment